Awang Aslee Dilantik Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Yang Baharu

KOTA KINABALU, 20 Nov – Bekas penolong Setiausaha UMNO Sabah, Awang Aslee Lakat dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang baharu berkuatkuasa 1 November lepas.

Beliau menggantikan tempat Datuk Kadzim Yahya yang telah dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Majlis penyampaian ringkas watikah pelantikan disampaikan oleh Setiausaha UMNO Sabah yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin di pejabat beliau pagi kemarin.

Ketika ditemui di sini, Awang Aslee yang juga Pemangku Ketua UMNO bahagian Beaufort  berkata,  pelantikan tersebut sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas.

Beliau seterusnya beriltizam melakukan yang terbaik khususnya dalam memperkasakan UMNO Sabah

Katanya, di samping itu tanggungjawab baharu itu membolehkannya memainkan peranan untuk membantu memperkukuhkan lagi UMNO di negeri ini.

” Saya faham dan akur tugas yang diamanahkan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama dari semua pihak kakitangan di Ibu Pejabat UMNO kepimpinan UMNO Sabah serta kepimpinan UMNO Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh bahagian di negeri ini”, katanya

Dalam pada itu Awang Aslee juga mengucapkan terima kasih kepada UMNO Sabah terutama kepada ketuanya, Datuk Bung Moktar Radin  serta kepimpinan UMNO Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. -UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.