Oh, KWSP… i-Sinar Dah Jadi i-Marah.. i-Sedih.. i-Kecewa – Zahida

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan kenapa pengenalan program i-Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlalu banyak karenah birokrasi hingga menyusahkan pencarum untuk keluarkan simpanan sendiri di saat getir hari ini?

Katanya, sepatutnya pihak KWSP buka permohonan kepada semua pencarum yang memerlukan pengeluaran secara sukarela.

“Saya kira bukan sahaja mereka yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji sahaja memerlukan kewangan.

“Ramai yang mengadu pada kami gaji mereka dipotong hingga 50% dan semakin tersepit dengan situasi krisis sekarang ni.

“Adakah mereka perlu minta majikan berhentikan kerja hanya untuk layak keluarkan KWSP sendiri?” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Lantaran itu katanya, ramai yang kecewa dengan pengumuman terkini KWSP, ramai yang sebut, ini bukan i-Sinar tapi i-Sedih, i-Marah dan macam macam lagi.

Semalam, kerajaan telah mengumumkan pengenalan program i-Sinar iaitu kemudahan akses ke Akaun 1 KWSP yang dibuat bagi meringankan beban aliran tunai serta memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.

Namun demikian, antara syarat-syarat permohonan i-Sinar menjadi polemik hari ini yang antaranya hanya ahli yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji, ahli aktif KWSP dan juga hanya ahli yang tiada caruman dalam tempoh dua bulan semasa permohonan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.