UMNO Rakam Takziah Pemergian Zaleha Ismail


KUALA LUMPUR, 15 Nov – UMNO dan keluarga besarnya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Hajah Zaleha Ismail.

“Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati jasa dan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara.

“Marilah kita berdoa agar Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan golongan yang beriman dan solihin,” ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran di Facebook.

Dimaklumkan bahawa bekas Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat (1995-1999) itu telah pulang ke rahmatullah jam 8.34 malam tadi di Hospital Tawakal, di sini.

Zaleha juga pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pernah dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO dari 1976 ke 1980.

Allahyarhamah dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya Allahyarham Abd Rahman Ali iaitu Dr Zurin Adnan, Zurin Azlan dan Zurin Azrai. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.