Teresa Kok Dibidas Pertikai Pihak Bantu Rakyat… Jangan Hanya Tahu Bercakap – Faiz Hashim

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mempersoalkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang ingin menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan bebas berniaga.

Teresa mendakwa kononnya keputusan tersebut berbahaya kerana ia seolah-olah membuka ‘pintu pagar’ untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

/>Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim, kenyataan dangkal Ahli Parlimen daripada Dap seperti Teresa Kok ini membuktikan bahawa beliau tidak layak sama sekali menjadi wakil rakyat kerana langsung tidak ambil peduli tentang kesusahan rakyat yang sedang bergelut dengan kemelut sara hidup seharian akibat Wabak COVID-19.

/>“Jangan hanya pandai mempersoalkan tindakan pihak lain yang ingin membantu rakyat, sedangkan anda sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat, apa yang anda bantu untuk mengurangkan beban rakyat?

“Jangan hanya tahu bercakap dan mempertikai usaha pihak lain sedangkan tindakan anda membantu zero!

“Jangan disebabkan ramai yang berniaga di kaki lima ini majoritinya berbangsa Melayu yang susah maka anda mempertikaikan kewajaran keputusan tersebut? Hina sangatkah peniaga nasi lemak sehingga anda sanggup menyindir sedemikian rupa di dalam Dewan yang mulia?,” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tegas Faiz, ternyata Teresa Kok mempunyai niat dan hati yang cukup rasis apabila sengaja menimbulkan rasa kurang senang terutama dikalangan rakyat berbangsa Melayu.

“Sekretrariat NGO Pemuda UMNO Malaysia menyarankan supaya Teresa Kok makan sesudu minyak sawit sebelum berkata-kata supaya nampak lebih cerdik pada masa akan datang,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.