Pemimpin Dan Ahli UMNO Mesti Sentiasa Amalkan Budaya Cakna Komuniti
KUALA PENYU, 13 Nov – Pemimpin UMNO di semua peringkat diingatkan agar memiliki sikap cakna terhadap komuniti setempat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan apalagi dalam keadaan negara berhadapan dengan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Pemangku Ketua UMNO bahagian Beaufort, Awang Aslee Lakat berkata, sikap cakna ini penting menjadi budaya agar setiap masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan dapat ditangani.
“Pemimpin di semua peringkat perlu rajin turun pandang bagi memantau dan melihat sendiri kenadaan yang di hadapi oleh masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan atau isu isu pembangunan, sekurang-kurangnya jika dapat diberikan bantuan segara bantu mereka atau sampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan selanjutnya” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program ziarah ke Kampung Temporong dekat sini.
Semasa ziarah ini Awang Aslee yang juga Setiausaha Ekesuktif UMNO Sabah turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan serta sebuah kerusi roda kepada salah seorang penduduk di kampung tersebut yang mengalami masalah kesihatan.
Menurut Awang Aslee lagi sikap cakna ini juga mencerminkan semangat kepedulian parti dan menjadikan UMNO sentiasa dekat di hati rakyat.
“Amalan sebegini juga membuktikan parti UMNO bukan hanya sekadar berfungsi ketika menghadapi pilihanraya atau pemilihan pucuk pimpinan parti”, tambah beliau.
Dalam pada itu Awang Aslee menambah program ziarah tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bukan sahaja semasa negara masih berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19 bagi membantu golongan terkesan tapi program tersebut akan menjadi amalan bagi merapatkan hubungan silatulrahim antara kepimpinan UMNO bahagian dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.ย -UMNO ONLINE