Ingatkan 11.11 Kejutan Shopping Online Saja… Rupanya Air Selangor Pun Sama…

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Masalah air yang terus menerus berlaku di Selangor selain pengguna di Kuala Lumpur mendapat reaksi sinis daripada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail.

Menerusi status WhatsApp story, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO secara bersahaja mengaitkan masalah air yang sering berlaku ddi Lembah Klang dengan kejutan pembelian dalam talian sebagaimana di ‘Shopee’ dan juga ‘Lazada’ yang membuat pelbagai tawaran menarik sempena 11 November hari ini.

‘’Ingatkan ‘Shopee’ dan ‘Lazada’ sahaja yang buat kejutan sempena 11.11… rupanya air Selangor pun sama. Bulan depan mesti 12.12 pula,’’ katanya.

Menerusi ciapannya lagi di ruangan status yang sama, Rizam secara sinis meminta agar dimaklumkan tarikh gangguan bekalan air untuk November dan Disember teramasuklah jadual bagi tahun hadapan.

‘’Tolong tanyakan kat Pengurusan Air Selangor, minta senarai dan tarikh bekalan untuk Nov dan Dis… nak mula tadah dari sekarang… kalau boleh bagi jadual tahun 2021 pun ok juga,’’ ujarnya.

Semalam lebih daripada 1.1 juta isi rumah di Kuala Lumpur dan Selangor terjejas oleh gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran di empat loji berkenaan.

Ia melibatkan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Dilaporkan, sejak awal tahun ini, Selangor mengalami sembilan kali gangguan air akibat pencemaran yang menjejaskan bekalan air bersih kepada pengguna malah yang terakhir ialah akhir bulan lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.