UMANY : Wanita UMNO Segamat Buat Laporan Polis

SEGAMAT, 7 Nov – Wanita UMNO Segamat hari membuat laporan polis berhubung tindakan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang telah mempersoalkan kononnya wujud campur tangan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong di dalam urusan pentadbiran Negara.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat pagi tadi yang turut disertai oleh Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim dan pimpinan yang lain.

Menurut Norshida yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, tindakan tersebut dilihat menghina dan merendahkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Parlimen Malaysia berikutan keputusan Baginda menolak Pengistiharan Darurat.

“Hari ini kita telah selesai membuat laporan polis ke atas Persatuan UMANY berhubung perkara berkenaan. Kepada Allah Berserah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan UMANY telah memuat naik satu hantaran di laman sosial Facebooknya bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara”,

Tegas Norshida kenyataan tersebut merupakan satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku dan ianya harus dipandang serius.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.