Oh! KWSP… Puteri UMNO Persoal Had Bilangan Pencarum Layak Keluarkan Akaun

KUALA LUMPUR, 7 /Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan konsisten dengan permintaan sebelum ini iaitu pengeluaran 30 peratus atau had makimum RM10, 000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan secara bulanan kepada pencarum.

Beliau berkata demikian susulan pembentangan Belanjawan 2021 semalam iaitu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Kata Zahida, kalau perlu pencarum boleh mohon, kalau tidak, simpanan tidak diusik dan bukannya dengan menghadkan hanya sebilangan pencarum yang layak.

“Soalan saya, jika had kepada hanya 600,000 pencarum, siapa sahaja yang layak? Bilangan itu, berapa peratus daripada keseluruhan rakyat yang terbeban dan perlukan kewangan?,” soalnya menerusi kenyataan berkaitan Belanjawan 2021. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.