Bajet 2021 : Elaun Nelayan Dinaikkan Seperti Zaman BN Selepas Dipotong Zaman PH

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun depan.

Dalam hal ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melahirkan kesyukuran kerana bajet semalam mengembalikan jumlah elaun sara hidup yang pernah dilaksanakan zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) tetapi dikurangkan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ada kampung nelayan di negara kita agak terpisah dari kampung-kampung lain atau bandar lain. Terutama di Sarawak dan beberapa tempat di Semenanjung dan Sabah.

“Kehidupan berkisar kepada kedai runcit dan beberapa kedai kopinya. Hasil tangkapan tidak menentu. Elaun sara hidup RM300 sebulan kjaan BN dulu cukup penting dalam kitaran ekonomi tempatan. Kjaan PH dahulu mengurangkannya kepada RM200 dan pemutihan dibuat bagi mengurangkan jumlah penerima. Dengan sendiri mengurangkan kuasa beli rakyat tempatan.

“Alhamdulillah bajet hari ni mengembalikan jumlah itu. Semoga keadaan bertambah baik selepas ini,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi facebooknya.

Dilaporkan, menerusi belanjawan semalam, sebanyak RM1.7 bilion akan diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan dalam Belanjawan 2021 ketika negara berhadapan berhadapan pandemik COVID-19, dengan peruntukan sebanyak RM151 juta untuk memanfaatkan lebih 40,000 nelayan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.