Belanjawan 2021 Perlu Wujudkan Skim Jaminan Pekerjaan Untuk Rakyat – Shahril

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Sejak penularan wabak Covid-19, kadar individu yang hilang pekerjaan melonjak kepada hampir 750,000 orang dan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda lebih membimbangkan pada kadar 12% dan ditambah pula apabila graduan tahun ini menyertai pasaran buruh keadaan akan bertambah buruk.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikan masalah pengganguran di negara ini khususnya dalam kalangan anak muda.

“Saya mengongsikan cadangan kewujudan sebuah skim jaminan pekerjaan yang bakal memberi peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berharap agar kerajaan memfokuskan kepada masalah kekurangan peluang pekerjaan dalam Belanjawan 2021 dan mencadangkan skim jaminan pekerjaan bagi mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam wawancara di Agenda Awani, malam tadi.

Ujarnya, kerajaan pusat, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan boleh bekerjasama dalam mewujudkan satu mekanisme yang sesuai untuk merealisasikan cadangan skim jaminan pekerjaan demi kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

https://www.facebook.com/520200429/posts/10164311760185430/?d=n

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79