BN Sebulat Suara Sokong Belanjawan 2021: Mohon Lanjut Moratorium, Lulus Pengeluaran KWSP

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menzahirkan beberapa perkara menjelang Belanjawan 2021.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan;

2. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga bersetuju supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri mempertimbangkan;

i) Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40; dan

ii) Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.