Kerajaan Prihatin Mesti Fikir Perit Jerih Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR,31 Okt – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata dalam situasi krisis pandemik sekarang ini, suka tidak suka kerajaan harus memikirkan kesukaran rakyat.

Katanya, ramai yang kehilangan perkerjaaan dan ramai yang dipotong gaji hampir 50 peratus.

“Cadangan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di lihat dapat membantu mereka yang terkesan.

“Rakyat tidak minta bantuan tambahan kerajaan, rakyat hanya mahu keluarkan simpanan sendiri untuk kegunaan sara hidup ketika situasi sukar.

“Kami juga berpandangan pencarum berhak keluarkan 30 peratus duit KWSP mereka secara bulanan dalam tempoh satu atau dua tahun atau maximum RM10,000, katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, tambah Zahida lagi, kerajaan Prihatin mesti sentiasa memikirkan perit jerih rakyat.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.