Rakyat Minta MB Berundur Jika Tidak Mampu Selesai Isu Air

BUKAN sahaja media sosial syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bdn. jadi sasaran kemarahan penduduk berikutan terputus bekalan air, Facebook Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menjadi tempat penduduk meluah perasaan.

Jika sekali terputus bekalan air rakyat Selangor masih lagi bertolerasi dan cuba mengambil sikap untuk memahami. Namun jika empat kali bekalan air terputus dalam tempoh dua bulan ia sudah dianggap cukup keterlaluan.

Akibatnya hantaran terkini Amirudin yang berkongsi video sempena Hari Malaysia 16 September lalu menjadi sasaran kemarahan penduduk yang tidak boleh lagi bersabar dengan isu bekalan air yang kerap terputus di negeri yang dikatakan paling maju di Malaysia.

Ada antara mereka meminta Amiruddin melepaskan jawatan menteri besar jika tidak mampu selesaikan masalah bekalan air di Selangor.

“Kami tak nak cerita throwback-thorwback ni la. Nak cerita latest. Lori tangi dah sampai ke belum depan rumah YB ni. Penuh dah ke swimming pool tu?” tanya May Herda.

“Bro apa cerita ni?? Isu air still tak ada jalan nak selesaikan ke tiap bulan pulak tak ada air. Susah la macam ni tak boleh nak settle ini hal baik bagi orang lain laa jalan kerja,” luah Ikhmal Izwan.

“Berundur la YB kalau tak boleh handle isu air kat Selangor ni,” Zack Sajer.

“YB dah bangun mandi ke tu? Rakyat-rakyat YB ni dah tak ada air pagi-pagi ni. Kami nk mandi pakai air apa ya YB? tanya Nur Suhaila.

“MB tolong la settlekan isu air ni. Kami ni dh penattttttttt dengan isu air tak ada sebulan 4,5 kali. Saya mandi pakai air MB. Lain la MB mandi, masak, cebuk berak pakai niat! Apoooo MB Ni oiii. Tak baik abaikn rakyat ni. Dah ada jawatan kan, buat la keje elok-elok,” pesan NoOr Hani.

“What kinda moronic people are we having managing Syabas, never ever this nonsense happened in my hometown. Selangor authorities sleeping? If you can’t even settle this problem then no words to describe Selangor’s incompetency,”kata Kartiban Asokan.

“Why no water again one month for so many time? Can you please priotize this issue and avoid it from keep happening especially during covid time? Why no precautions and planning after last month case?” tanya Lynn Lynn.

Awal September lalu bekalan air terputus akibat pencemaran di Sungai Gong.

Bulan ini tiga kali, awal bulan ini akibat pencemaran di Sungai Semenyih, kemudian tiga hari lalu paip bocor mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

Hari ini Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan kerana pencemaran. – SuaraMerdeka