UMNO Nafi Surat Tular Sokong Anwar Jadi PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt – UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-9.

Surat tersebut yang didakwa diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menyebut Presiden bersama Ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

Justeru UMNO berharap agar ahli mahu pun rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang cuba dilemparkan pihak tertentu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.