‘Perang’ Lawan COVID-19 Akan Gagal Jika Tanpa Kerjasama Semua Pihak – Bung Moktar

KOTA BELUD, 15 Okt – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kesungguhan kerajaan untuk menangani penularan Pandemik COVID-19 di negeri ini sukar dicapai tanpa adanya kerjasama dari orang ramai.

Katanya ‘perang’ melawan COVID-19 musuh yang tidak kelihatan masih panjang dan memerlukan kerjasama serta sokongan dari semua pihak.

Menurut Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah tumpuan kerajaan ketika ini adalah membendung penularan pandemik COVID-19 terutamanya membantu menangani keperitan hidup akibat penularannya.

Ujarnya kerajaan amat menghargai komitmen pasukan ‘barisan hadapan’ khususnya para doktor, jururawat pihak keselamatan polis, tentera, Rela dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak ini.

“Masyarakat perlu memberikan kerjasama dan mengambil tanggungjawab sosial serta memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan normal kehidupan yang baharu ini di semua peringkat dan lapisan masyarakat” katanya selepas menyertai lawatan pemantuan di Pos kawalan keselamatan antara Daerah Kota Belud dan Kota Marudu bersama Pesuruhjaya Polis Sabah. Datuk Hazani Ghazali.

Bung Moktar turut menasihati setiap individu perlunya mempunyai kawalan kendiri demi melindungi diri dan orang yang dikasihi di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutamanya pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 13 sehingta 26 Oktober ini di seluruh daerah di negeri ini

“Teruskan amalan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat, iaitu sekurang-kurangnya satu meter memakai pelitup muka dan membudayakan amalan norma baharu dalam setiap altiviti harian” ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.