Moratorium Automatik: Bank Kurang Untung (Bukan Tak Untung Pun), Apa Salahnya? Tanya Najib

KUALA LUMPUR, 14 Okt – “Bank kurang untung (bukan tak untung pun), apa salahnya?”

Demikian soal Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu hantaran di Facebooknya.

Najib yang juga Perdana Menteri Keenam turut menimbulkan persoalan jika tekanan kewangan isi rumah meningkat akibat pandemik COVID-19 tetapi mengapa pihak insitusi kewangan tidak mahu melanjutkan moratorium pinjaman secara automatik.

Ahli Parlimen Pekan itu melontarkan persoalan demikian merujuk kepada laporan dari Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengatakan isi rumah di negara ini sedang mengalami peningkatan tekanan kewangan walaupun mengamalkan pendekatan lebih berhati-hati sebagaimana dipaparkan menerusi penyusutan pertumbuhan pinjaman selain sekatan pergerakan dan pertimbangan belian yang rendah.

Menurut bank pusat itu, leveraj atau hutang isi rumah meningkat paling ketara dalam kalangan mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan pada separuh pertama 2020, di tengah-tengah prospek ketidaktentuan pendapatan serta ketika penampan mudah tunai untuk peminjam berpendapatan kurang RM3,000 sudah di paras ketara.

Sebelum ini, selain Najib, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin parti menggesa kerajaan melanjutkan pemberian moratorium kepada rakyat yang rata-rata terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.