UMNO Pertimbang Tarik Diri Sokong Perikatan Nasional


KUALA LUMPUR, 13 Okt – UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberikan syarat baru kepada Kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftarkan dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

“UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemic Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan Negara.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan Negara,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.

Dalam masa yang sama, Biro Politik juga menetapkan persidangan UMNO Bahagian seluruh Negara pada 6 hingga 8 November 2020, serentak di seluruh Negara dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing manakala Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 17 hingga 19 Disember 2020. – UMNOOnline

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.