“Sebagai Setiausaha Agung BN & MN, Saya Laksanakan 10 Dasar, Arahan Parti” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata segala dasar parti yang diputuskan akan terus dilaksanakan termasuklah arahan pucuk pimpinan yang antara lain telah digariskan sebelum ini.

Menurut beliau yang juga selaku Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), selagi dasar-dasar berkenaan tidak diubah maka ianya akan terus dilaksanakan walaupun kadang-kadang menemui kesukaran.

‘’Sebagai SUA BN dan MN tugas saya adalah melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan”, katanya dalam satu hantarannya di Facebook.

Setakat ini jelas.beliau parti putuskan antara lain, 10 dasar-dasar berikut.

1. Penyertaan BN menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en bloc,

2.Ahli -Ahli Parlimen BN menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

3. Mengambil pendirian  No Dap, No Anwar Ibrahim dan No Tun Mahathir

‘4. Menjemput PPBM sertai Muafakat Nasional dan PPBM bersetuju

5.  BN, PAS dan PPBM bermuafakat dan elakkan pertandingan 3 penjuru pada PRU ke 15

6. BN, PAS dan PPBM telah bentuk jawatankuasa lima orang dari setiap parti untuk berunding mengenai pengagihan kerusi. Rundingan telah pun bermula

7. BN akan bertanding atas logo sendiri

8. BN bersetuju bentuk GRS di Sabah bersama PN dan PBS

9. SUA diarah sentiasa berhubung dan menjalinkan kerjasama antara parti-parti komponen dan parti sahabat

10. Sentiasa mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal MN.

‘’Selagi dasar ini tidak di ubah Insyaallah kita terus menerus melaksanakannya walaupun kadang kadang menemui kesukaran.

“Memutuskan dasar tidak mudah. Melaksanakan dasar mungkin lebih payah lagi,’’ ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.