WHO Iktiraf Usaha Dr Adham Baba Dan Pengorbanan Warga KKM

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba antara Menteri kesihatan seluruh Asia Pasifik yang diberi penghormatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas usaha tanpa henti mereka untuk memerangi Covid-19.

Menurut Facebook Friend’s of Dr Adham Baba,
WHO memaparkan satu video berdurasi selama 2 minit di media sosial twitternya pada 9 Oktober 2020.

“Video penghargaan daripada Menteri Menteri Kesihatan dan bekas Menteri Kesihatan kepada petugasan barisan hadapan di seluruh rantau Asia Pasifik atas usaha tanpa henti mereka untuk memerangi Covid-19.

“Antara yang turut menyampaikan penghargaan dalam video tersebut adalah Datuk Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia,” katanya.

Di samping itu turut tersenarai dalam video tersebut adalah Caroline Edwards, Associate Secretary DOH Australia, Hon Jelta Wong, Bekas Menteri Kesihatan Papua New Guinea, Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan Singapura, Dr Fukushima Yasumasa, Naib Timbalan Menteri Kesihatan Jepun dan beberapa orang lain Menteri dari negara-negara Asia Pasifik.

“Tahniah diucapkan kepada Menteri Kesihatan dan seluruh warga Kementerian Kesihatan serta petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa rasa penat dan lelah untuk memerangi Covid-19 di negara ini.

“Ini satu pengiktirafan daripada badan kesihatan dunia itu atas hasil usaha selama ini dalam memerangi Covid-19 di negara ini,” katanya. Suara TV

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.