Satu Keputusan Yang Tepat Tidak Sertai PRK Batu Sapi – Shahrir

KUALA LUMPUR,9 Okt – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata dalam sejarah politik tanah air, Barisan Nasional (BN) pernah tidak meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 1975.

Katanya, bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah membuat keputusan yang tepat tidak meletakan calon dalam PRK Parlimen Menglembu.

“Pertama kali BN tidak meletakkan calon dalam suatu PRK ialah pada tahun 1975 berikutan Fan Yew Teng (Dap) dimungkin kehilangan kelayakannya sebagai ahli Dewan Rakyat bagi Menglembu.

“Ketepatan keputusan Allahyarham Tun Abdul Razak disahkan tepat apabila mahkamah menolak kehilangan kelayakan Fan Yew Teng dan PRK Menglembu turut dibatalkan.

“Indah betul apabila Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman masing-masing tersendiri dan bebas. Benar-benar pemisahan kuasa. Ianya juga pemerintahan ‘Rule of Law’ dan bukan ‘Rule of Men’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Shahrir lagi, pada kali ini BN tidak menghantar calon ke PRK Parlimen Batu Sapi, tetapi yang lebih penting BN mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan rakyat disebabkan pandemik COVID-19.

“Sekali lagi BN tidak akan menyertai pilihan raya kecil Batu Sapi. Kali ini kerana kepentingan awam dalam suasana pandemik COVID -19.

“Politik yang tidak terdorong oleh kuasa semata-mata. Ianya suatu keputusan yang tepat,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat keputusan yang bijak tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.