Pemuda UMNO Mohon Mesyuarat Kabinet Putuskan Tiga Perkara Utama

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memohon kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan tiga perkara utama yang perlu diputuskan segera oleh mesyuarat kabinet hari ini.

Ujar Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook, yang pertama adalah perlanjutan tempoh moratarium selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Kedua, bayaran ‘one-off’ RM500 kepada mahasiswa terjejas dengan penangguhan kemasukan akademik.

“Ketiga, penangguhan sementara sesi persekolahan,” ujarnya.

Dr Asyraf juga memohon pandangan netizen mengenai perkara sedemikian.

“Apa pandangan anda? Ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan?” soalnya.

Menurut seorang Facebooker, Rossiati Hamzah, cadangan Pemuda UMNO itu sekurang-kurangnya ia perancangan dan langkah terbaik untuk kestabilan rakyat dan negara bagi tahun ini.

“Terutama moratorium, yang menjamin kestabilan dan bentuk pertolongan yang tepat untuk masalah kewangan rakyat. Moratorium adalah cara terbaik kerajaan tolong rakyat dengan duit rakyat.

“Bank tidak akan rugi cuma tidak ada keuntungan seperti lazimnya sahaja. inilah masa negara ‘berkorban’ untuk rakyat yang dlm kesusahan akibat musibah yang tidak dijangka.

Manakala bagi Pak Wan Sbs yang menyokong permintaan Pemuda UMNO berkata ia adalah perlu dan berasas.

“Terutama yang nombor tiga.. Sesi persekolahan bersemuka patut dihentikan seketika terutama pada anak-anak di sekolah rendah. Ini bererti bukan cuti sekolah, tetapi anak masih belajar dari rumah melalui kelas atas talian… Cukuplah sekadar sehari dua jam kelas bagi dua mata pelajaran. Setidaknya keselamatan dan kesihatan anak kecil ini terjaga dan pelajaran mereka juga tidak terabai dan ketinggalan.

“Betul mungkin ada di kalangan ibu bapa yang bekerja tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan ini, kerana tiada tempat untuk meletakkan anak mereka. Tetapi di sekolah bukanlah tempat taman asuhan anak-anak, yang perlu kita tempatkan dan mengharapkan guru yang menjaga anak-anak ini ketika kita keluar bekerja… Sedangkan guru juga ada anak sendiri yang perlu dijaga dan diasuh,” katanya lagi sambil berkata pihak majikan perlu memberi pelepasan kepada ibu bapa bagi yang kedua-duanya bekerja untuk membenarkan bekerja dari rumah. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.