Sekatan Perjalanan Keluar Ke Sabah Berkuat Kuasa Bermula 12 Okt

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Bermula 12 hingga 25 Okt depan, sekatan perjalanan keluar dari Sabah akan dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob..

Beliau berkata, sekatan perjalanan itu meliputi perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Bagaimanapun terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain, yang perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang telah mendapat kebenaran, perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) di sini hari ini.

Jelasnya bagi pergerakan masuk ke negeri itu pula, kebenaran akan diberikan kepada beberapa kategori iaitu rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H dan pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia, yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.