Makluman Rasmi Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Merujuk kepada kenyataan media pada 1 Okt lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan surat rasmi pemakluman penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri bagi seluruh negara.

Katanya, penangguhan serta-merta itu disebabkan susulan perkembangan terkini penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

“Penangguhan ini dibuat sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian,” ujar Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Ahmad turut memaklumkan bahawa prosedur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menghendaki semua mesyuarat perlu dilaksanakan sebelum 31 Dis tahun ini.

Untuk rekod, pada 1 Okt lalu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Ahmad agar memaklumkan kepada semua UMNO Bahagian bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri mestilah ditangguhkan serta-merta bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat. – UMNO ONLINE

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/10/Penangguhan-Mesyuarat-Bhg.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.