Pemuda BN Seru Anak Muda Suarakan Idea, Demi Masa Hadapan Negara
KUALA LUMPUR, 2 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dan prihatin terhadap keluh kesah anak muda.
Dalam satu kenyataan, Sekretariat Manifesto Pemuda BN berkata suara dan pandangan golongan tersebut amat penting dalam usaha parti menawarkan sebuah kehidupan yang lebih bermakna.
“Ayuh beri pandangan dan cadangan anda untuk menjadikan negara ini lebih maju, makmur dan sejahtera,” kata kenyataan tersebut sambil menampilkan pautan untuk diisi oleh golongan muda di:
shorturl.at/eoI78
Selain itu, di platform media sosial pula, netizen yang turut memuatnaik status boleh meninggalkan tanda pagar (hashtag) yang diberikan.
“Selain itu, gunakan #TawaranBaharuBN atau #NewDealBN di dalam muat turun status anda sama ada di laman media sosial FB, Twitter, Instagram atau TikTok untuk kita jayakan inisiatif ini bersama,” tambah kenyataan itu.
Anak-muda juga boleh menyatakan saranan mereka di laman web www.pemudabn.com. – UMNO ONLINE