Jaga Perasaan Ahli… Jangan Buli Membuli Antara Pesan Ahmad Maslan Untuk GRS

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menamakan Hajiji Noor daripada PPBM sebagai calon ketua menteri dan dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Negeri hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan pasukan baharu Sabah empat perkara.

“Kepada pasukan baru Sabah, perbaiki ekonomi negeri perbaiki kehidupan rakyat, laksana segera Aku Janji, mesti beri jawatan-jawatan dengan adil, UMNO/BN banyak berkorban.

“Kita sama-sama jaga perasaan ahli. Jangan kita buli membuli, jangan sombong dengan kuasa. Kelak rakyat menghukum kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian dalam ciapan di Twitternya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu, GRS yang terdiri daripada BN (14) PPBM (11), STAR (6) dan PBS (7) memperoleh 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan sekali gus layak membentuk kerajaan, sementara Warisan Plus dan sekutunya memenangi 32 kerusi dan baki tiga lagi dimenangi oleh calon Bebas. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.