Bung Moktar Angkat Sumpah Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Sept. – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini.

Bung Moktar juga dilantik memegang patfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Terdahulu, Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan, menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II, manakala Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam pula Timbalan Ketua Menteri III.

Jeffry pula dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan, sementara Joachim menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Masidi Manjun, dinamakan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur.

ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.