Puteri Kuala Langat Tekad Bawa Suara Wanita Muda Ke Peringkat Lebih Tinggi

KUALA LANGAT, 28 Sept – Ketua Puteri UMNO Kuala Langat, Asuma Beevi Mohamed Sali memaklumkan pergerakan terbabit bertekad untuk membawa suara wanita muda ke pringkat yang lebih tinggi.

Katanya, melalui persidangan bahagian yang dijalankan, suara-suara yang dolontarkan akan dibincang dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Asuma Mohamed Sali
“Alhamdulillah Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Kuala Langat telah berjalan dengan lancar serta dilaksanakan dengan penuh harmoni.

“Kami akan membawa suara-suara , usul-usul yang dicadangkan, dibincangkan dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, semalam.

Dalam masa yang sama, Asuma yang juga Penolong Setiausaha Puteri UMNO mengharapkan agar pengundi-pengundi muda Kuala Langat dapat menyertai UMNO.

“Kuala Langat ini adalah salah satu hub pendidikan, kita ada ILP, IKBN, Politeknik dan juga Kolej Komuniti. Kita wujudkan gerakan Mahasiswa Kuala Langat. Jadi… kita menggunakan gerakan Mahasiswa ini untuk mendekati golongan-golongan yang muda. Mereka ini juga sebenarnya sebahagian dari pengundi di Kuala Langat,” ujarnya.

Selain daripada itu Puteri UMNO Kuala Langat juga mengaplikasi khidmat Ketua-ketua Cawangan UMNO agar mudah mendekati golongan muda dan menghayati perjuangan UMNO, katanya lagi.

“Kita gunakan ketua-ketua cawangan untuk mendekati anak-anak muda di cawangan. Selain itu media sosial adalah medium utama kita di mana dari semasa ke semasa kita sentiasa buat kempen dan ‘join'(sertai) dengan puteri ataupun program-program yang mendekatkan dengan mereka, supaya mereka kenal apa itu Puteri UMNO dan bagaimana perjuangan kita,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.