Bung, Hajiji Menghadap TYT Sabah

KOTA KINABALU, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Raden dan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Nor telah pergi menghadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri negeri itu, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Ini memandangkan katanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus telah memperolehi 41 kerusi berbanding warisan 32.

PN, BN dan sekutunya sekarang dilaporkan memiliki 41 kerusi DUN.

Sabah semalam menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 dan seramai 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya tersebut.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.