Tidak Rasmi : Bung Menang DUN Lamag 

KINABATANGAN, 26 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden secara tidak rasmi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini.

Beliau mengalahkan lagi empat calon lain termasuk daripada Warisan.

Selain Warisan yang ditandingi Mohd Ismail Ayub, beliau turut ditentang oleh Razman Mayah (PCS), Muhammad Azrulzainie @ Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Sabah) dan Junih @ Keruak Abdullah (Bebas).

Kerusi DUN Lamag adalah DUN baru yang di pertandingkan dan selain Lamag, kerusi baru yang lain adalah Sungai Manila (Libaran), Bengkoka (Kudat), Darau (Sepanggar), Limbahau (Papar), Telupid (Beluran), Lamag (Kinabatangan), Kukusan (Kalabakan), Bandau (Kota Marudu), Segama (Parlimen Lahad Datu yang telah dinamakan semula daripada Silam), Pintasan (Kota Belud), Tanjung Keramat (Putatan), Pantai Dalit (Tuaran), dan Tulid (Pensiangan).

Pada PRU Ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan. Pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.