PRN Sabah : Tidak Rasmi Warisan Hampir Tumbang

KOTA KINABALU, 26 Sept – Parti Warisan secara tidak rasmi dilaporkan hampir tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Keputusan tidak rasmi memperlihatkan kerajaan negeri Sabah yang sebelum ini diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal bakal bertukar tangan.

Kita Ubah Balik menampakkan sinar dan pengharapan rakyat kepada sebuah kerajaan baharu untuk menerajui negeri.

Apa pun sama-sama tunggu dan lihat keputusan secara rasmi kerajaan Warisan dikatakan hampir tumbang pada PRN Sabah ke-16.

Seramai 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya berkenaan. PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.