Tokoh UMNO Tidak Ada Masalah Calon BN Bertanding Di Kalabakan

KALABAKAN, 25 Sept. – Timbalan Pengerusi UMNO Pahang Datuk Hassan Ariffin berkata, tokoh UMNO di Kalabakan iaitu bekas Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Abdul Ghaffur Salleh telah menyatakan tidak ada sebarang masalah dengan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen tersebut yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jelas Hassan yang juga Ahli Parlimen Rompin, kenyataan itu dinyatakan ketika kunjungan hormat yang dibuat bersama-sama dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“UMNO Pahang telahpun melakukan kunjungan hormat terhadap beliau dan ternyata beliau tiada masalah dengan calon-calaon BN yang bertanding di Kalabakan ini.

“Jadi, saya amat berharap rakyat Sabah khususnya di Kalabakan yang bakal mengundi esok (26 Sept), jangan lagi berasa ragu untuk memilih calon BN kerana sudah terbukti hanya BN yang mampu membela nasib rakyat sebaiknya,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Untuk rekod, Ghafur memulakan karier politiknya awal tahun 70-an dengan menyertai Parti Berjaya dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya 1981 dan mempertahankannya pada tahun 1985 atas tiket BN.

Beliau menyertai UMNO pada tahun 1991 dan pada 1999 beliau bertanding di DUN Kalabakan sebelum diwartakan sebagai Parlimen bermula tahun 2004.

Pahang adalah negeri angkat Bahagian Kalabakan yang bertanggungjawab membantu bahagian terbabit sepanjang PRN Sabah.

Untuk PRN ini BN/UMNO bertanding di dua DUN dalam Kalabakan iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan dengan calonnya, Chaya Sulaiman dan DUN Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandi. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.