Sentimen Anti-Federalisme Tidak Baik, Terjejas Generasi Akan Datang Jika Tidak ‘Ubah Balik’ – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 25 Sept – “Rakyat Sabah, kita pastikan Barisan Nasional (BN) menang pada hari Sabtu ini. Bukan untuk kita tetapi untuk generasi akan datang yang masa depan mereka akan terjejas kita jika tidak ‘Ubah Balik’,” menurut Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Jelas beliau, Sabah bukan mereka (Warisan) punya, Sabah adalah milik rakyat Malaysia.

“Sentimen anti federalisme yang dimainkan pihak lawan adalah tidak baik untuk hubungan Persekutuan dan Sabah yang akan menjejaskan perpaduan.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) ini juga tidak boleh dianggap mudah. Prestasi Barisan Nasional (BN) dapat diukur berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk menilai sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)15 akan datang.

“Pastikan Timbangan kita undi rakyat Sabah. Selamat maju jaya buat Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan seluruh calon BN. Terima kasih juga kepada seluruh jentera BN khususnya UMNO Terengganu yang berkempen di sana. Patuhi SOP dan jaga keselamatan. Ubah balik!,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Dr Najmil lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, telah terbukti BN mempunyai rekod perkhidmatan yang terbaik dalam menerajui kerajaan negeri Sabah.

“Lebih mustahak kita memerlukan sebuah parti yang mementingkan agenda pembangunan berteraskan kemakmuran ekonomi seperti yang dilakukan kerajaan BN di Sabah. Contohnya, sepanjang sembilan tahun pentadbiran bekas Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan telah peruntukkan sebanyak RM10.2 bilion untuk pembangunan di Sabah.

“Agenda pembangunan dan kemakmuran ekonomi akan diteruskan serta ditambah baik apabila kerajaan BN Sabah berjaya dibentuk kerana ini sahajalah parti yang mampu membela kebajikan rakyat,” ujarnya – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.