PRN Sabah: Jangan Percaya Permainan Anwar Dan Shafie – Calon BN Gum Gum

LIBARAN, 25 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Suhaimi Nasir berkata, pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya 19 orang ahli Parlimen UMNO menyokongnya hanyalah satu taktik permainan politik bagi mempengaruhi pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ujar Ketua UMNO Bahagian Libaran itu, apatahlagi menjelang esok iaitu hari pengundian, momentum Warisan dilihat semakin merudum maka inilah cara mereka mahu memanipulasikan rakyat.

“Itu semua adalah sebahagian propaganda Anwar untuk meraih simpati terhadap pengundi di Sabah. Ini kerana mereka sedar sokongan rakyat kepada Warisan sudah merosot, rakyat sudah tidak percaya dengan kepimpinan Warisan.

“Tapi sekarang ini pengundi dan rakyat Sabah sudah bijak dan tahu permainan Anwar dengan Shafie. Ini jelas dapat dilihat bila program bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin ramai yang datang tetapi program bersama Ketua Menteri sementara, lebih ramai pengikut dari pengundi.

“Sebab itu mereka risau dan mula memainkan sentimen meraih simpati rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru, Suhaimi amat berharap agar rakyat Sabah tidak keliru dengan permainan ini.

Kerajaan Persekutuan masih utuh di bawah kepimpinan Muhyiddin dan tiada ahli parlimen UMNO yang menyokong Anwar.

Sejak tersebarnya senarai ahli Parlimen UMNO yang kononnya menyokong Anwar, seorang demi seorang telah tampil menafikan perkara tersebut.

Antara yang yang telah menafikan adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Rahman, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Hasan Ariffin, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Nizar Zakaria.

Esok, 26 Sept adalah hari pengundian dan ia bakal menentukan parti manakah yang bakal mentadbir negeri Sabah. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.