Musa Aman Seru Semua Pengundi Patuhi SOP, Pastikan Kejayaan BN

SANDAKAN, 25 Sept – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman menasihatkan agar rakyat di negeri ini yang keluar mengundi pada Esok, 26 Sept untuk mengutamakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19.

Beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut berpesan agar rakyat sentiasa memakai pelitup muka, hand sanitizer (pencuci tangan) dan menjaga jarak fizikal antara satu sama lain.

“Untuk rakyat yang keluar mengundi esok, jangan lupa pakai mask, hand sanitizer dan jaga jarak..

“Mengundi penting tapi nyawa kita lebih penting. Jadi jaga keselamatan ya semua”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis ramah beliau bersama Calon Barisan Nasional (BN) N. 51 Sungai Manila, Mokran Ingkat dan Masyarakat di Dewan Taman Cahaya disini pada Jumaat.

Pada kesempatan yang sama juga beliau menyeru agar pengundi bertekad untuk bersama mengambil peluang membuat perubahan dengan Ubah Balik kerajaan negeri kepada Barisan Nasional.

Sementara itu calon BN di DUN Sungai Manila, Mokran Ingkat percaya setelah 14 hari berkempen momentum sokongan terhadap BN berada dalam keadaan yang baik.

“Insyaallah.. sama-sama kita berdoa kejayaan untuk semua calon BN esok” ujarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.