Biarkan Anwar Terus Dengan Mimpinya… – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru hanyalah usaha beliau untuk timbulkan semula nama dan partinya yang tenggelam ketika ini, demikian menurut Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Jelasnya strategi ini mudah dibaca maka biarkan Anwar terus dengan mimpinya.

“Ingat tidak peristiwa 16 September 2008? Kali ini buat spekulasi lagi. Apatah lagi nama dan partinya terus tenggelam ketika PRN Sabah.

“Saya rasa elok semua jentera BN terus fokus dan tumpukan usaha untuk BN memenangi semua kerusi yang ditandingi. Dan kita kalahkan Warisan terutama PKR di Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru Dr Shamsul mengajak semua ahli dan jentera parti untuk terus bekerja bagi pastikan BN kembali berkuasa.

Terdahulu Anwar dalam sidang medianya hari ini mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Untuk rekod, pada 16 Sept 2008 Anwar juga ketika itu membuat pengumuman yang sama kononnya mempunyai cukup bilang ahli Dewan Rakyat menyokongnya menubuhkan kerajaan dan seterusnya menjadi Perdana Menteri ketika era pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.