UMNO Rakam Takziah Atas Pemergian Tan Sri Wan Mokhtar


KUALA LUMPUR, 21 Sept – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 88, yang meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi.

Allahyarham, bekas Menteri Besar Terengganu (1974-1999) meninggal dunia di Prince Court Medical Centre, di sini, sebagaimana yang dimaklumkan oleh anaknya, Wan Abdul Hakim dalam satu catatan di Facebook.

“Mohon doakan keampunan Allah pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” ujar Wan Abdul Hakim.

Menurut Wan Abdul Hakim lagi, jenazah bapanya saya akan disolatkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

Untuk rekod, Wan Mokhtar juga pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada 2000 sehingga 2005.

Didoakan semoga Allahyarham ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.