Lapan Penjuru… Pilih BN, Calon Anak Tempatan Fahami Masalah Setempat – Reduan Aklee

PUTATAN, 18 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee berkata biarpun lapan penjuru di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini, pengundi seharusnya bijak memilih dengan mengundi BN kerana setelah sekian lama hanya kali ini anak tempatan dicalonkan.

Beliau berkata sejak puluhan tahun kawasan tersebut diwakili oleh ‘orang luar’ dan pada kali ini anak jati Tanjung Aru telah diketengahkan oleh BN yang menandakan inilah masa terbaik kepada pengundi untuk membuat pilihan yang tepat demi kepentingan semua pihak.

‘’Tanjung Aru sangat menarik… lapan calon tawarkan khidmat bakti dan saya adalah calon nombor lapan. Apa yang penting kita hendaklah memilih seorang calon yang kita fikirkan layak dan boleh membawa perubahan di kampung kita… selama 27 bulan kerajaan Warisan memerintah apa yang kita dapat.

‘’Peluang ini tidak selalu datang… kita tunggu 29 tahun… Alhamdulillah PRN kali ini peluang ini kita kena rebut sebaik mungkin… cukup 27 bulan kita diperintah oleh Warisan… 26 September ini kita bulatkan tekad dan jangan fikir dua kali… terus pilih BN calon nombor lapan Mohd Reduan Aklee,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra bersama pengundi di Tanjung Aru, di sini, malam tadi. Turut serta Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pimpinan setempat yang lain.

Beliau seterusnya merayu para pengundi agar sama-sama memberikan mandat kepada kerajaan baru yang mempunyai hubugan baik dengan kerajaan persekutuan.

‘’Kita percaya akan datang lagi janji-janji yang cukup tinggi dan menggunung… namun dapatkah mereka realisasikan apa yang mereka lontarkan kerana janji yang dahulu pun belum dilaksanakan,’’ ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.