Dap Kata Pertahankan Kedaulatan Sabah Dianggap Jijik? Biar Rakyat Nilaikan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 18 Sept – “Lebih saya kecewa, tindakan saya pertahan kedaulatan Sabah dianggap sebagai jijik. Ini saya taknak komen. Biarlah rakyat sendiri lihat dan nilai tahap pemikiran pemimpin pembangkang,” kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Katanya, beliau mengingatkan Pemimpin Dap, Liew Chin Tong agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan dan beliau menegaskan bahawa pendirian kerajaan tidak akan berunding dengan Filipina.

“Kalau Liew Chin Tong hendak tuduh saya gunakan isu ini sebagai modal pilihan raya, cuba tanya Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal dahulu, kenapa hanya pada 28 Ogos iaitu selepas tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru Shafie tiba-tiba hendak cadang agar Kerajaan runding dengan Filipina? Jadi… sebenarnya siapa cuba jadikan isu ini sebagai modal pilihan raya?

“Sebagai Menteri Luar, tentunya saya perlu respon terhadap cadangan Shafie agar tidak timbul kekeliruan. Media juga minta saya respon. Takkan Chin Tong hendak saya berdiam? Ke masa jadi Timbalan Menteri Pertahanan dahulu, Chin Tong memang suka berdiam? soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Chin Tong yang merupakan bekas Menteri Pertahanan semasa era Pakatan Harapan (PH) memerintah mendakwa Hishammuddin telah mengambil kesempatan terhadap isu tuntutan Filipina ketika berhadapan PRN Sabah.

“Petang semalam saya ada baca, Liew Chin Tong tulis tindakan saya menegaskan pendirian Kerajaan untuk tidak berunding dengan Filipina menjijikkan. Beliau juga minta saya letak jawatan kerana jadikan hal ehwal antarabangsa sebagai isu pilihan raya,” jelas beliau.

Seterusnya ujar Hishammuddin, sewajarnya Chin Tong lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu kenyataan selepas ini.

Dalam pada itu, kata Hishamuddin lagi, isu tuntutan Sabah yang terbaru ini timbul apabila Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr dalam ciapan tweetnya pada 27 Julai berbunyi ‘Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines’. (Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina).

Malah Ahli Parlimen Sembrong juga membidas Teodoro Locsin, pada 29 Julai, dengan mengatakan dakwaan beliau tidak bertanggungjawab dan menegaskan, ‘Sabah merupakan dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia’.

“Pada 3 Ogos, seperti yang saya arahkan, Duta Filipina ke Malaysia telah diminta hadir ke Wisma Putra bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan Teodoro.

“Pada 5 Ogos, menerusi Penggulungan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, saya sekali lagi tegaskan, Malaysia tidak akan layan apatah lagi penuhi tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah dan Sabah milik Malaysia selamanya,” katanya lagi.

Ulasnya, pada 17 Ogos, SPR menetapkan 26 September sebagai tarikh PRN Sabah.

“Pada 24 Ogos, saya sekali lagi suarakan ketegasan bahawa tiada sesiapa boleh personal. Sabah selamanya milik Malaysia. Ini bagi menjawab soalan media berhubung cadangan Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina Dalam Meluluskan Rang Undang-Undang Dewan 6399 Yang Mencadangkan Kemasukan Wilayah Sabah Dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Ke Dalam Peta Pada Muka Hadapan Pasport Negara Filipina.

“Pada 27 Ogos, Timbalan saya, Datuk Kamaruddin Jaafar sekali lagi menegaskan di Kamar Khas Parlimen pendirian Malaysia berhubung isu kedaulatan Sabah yang amat jelas dan konsisten tidak akan sesekali layan atau iktiraf tuntutan mana-mana pihak asing ke atas Sabah.

“Cuba tengok semua tarikh ini dan tanya, sepanjang 27 Julai hingga 27 Ogos ada tak pembangkang bidas Teodoro Locsin? Atau ada tak Liew Chin Tong sendiri buat kenyataan yang menyokong tindakan saya dan Timbalan Menteri pertahankan Sabah?,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.