Siri 2: Dendam Warisan, Rakyat Jadi Mangsa

AWAL pagi ini, calon N35 Sindumin Sdra. Sani Miasin sudah memulakan kempen menangi hati pengundi. Bermula dengan solat Subuh dan sehinggalah artikel ini ditulis, calon muda ini masih belum selesai melakukan kempen untuk hari ini.

Umum ketahui jumlah calon yang bertanding seramai 447 orang untuk Pilihan Raya kali ini. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin sahaja, terdapat pertembungan enam penjuru.

Barisan Nasional (BN) menampilkan seorang anak muda yang dikenali ramai dan mesra dengan pelbagai peringkat usia bahkan orang-orang lama di sini juga mengenalinya. Sepanjang saya bersama beliau, ramai yang mengenali beliau dengan panggilan SANI.

Menariknya kematangan politik di Sabah ini, kita sendiri tidak tahu siapa yang sokong siapa atau warna parti yang diminat, suasana ini dirasakan amat ganjil di Semenanjung.

Ada seorang pekerja parti Warisan bercerita dengan saya.

“Tidak ada yang boleh paksa kita undi bah, saya pasti akan undi siapa atau parti mana. Ada yang suruh saya tunjuk gambar kertas undi. Saya cakap, itu hak saya. Mereka ini ndak tahu itu salah, tangkap gambar untuk tunjuk bukti, boleh masuk dalam (penjara) 2 tahun, sia-sia saja bah.”

Sekarang kita cerita soal dendam parti Warisan yang menjadi rakyat sebagai mangsa.

Semasa kerajaan BN menerajui negeri ini, Daerah Sipitang ini tidak pernah mengalami masalah air.

Namun hari ini, keadaan sebaliknya pula berlaku dan menyebabkan ramai peniaga dan penduduk Sipitang semakin hilang pedoman dan membuak-buak marah kepada syarikat pengurusan air di sini.

Tidak pernah ada masalah air sebelum ini, ramai yang membuat pelbagai cerita dan persepsi semenjak 24 bulan Warisan mentadbir negeri Sabah. Ada pelbagai versi cerita kononnya pam air yang ditukar adalah pam ‘second-hand’, juga terdapat versi kononnya berlaku banyak paip pecah dan sering kali air di catu-catu.

Pelbagai versi dakwaan permasalahan air ini takkan berlaku sekiranya kerajaan negeri Warisan bertindak lebih berhemah sebelum ini.

Mungkin kerana tidak sabar menukar kontraktor pro Warisan, kerajaan negeri tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang memutuskan untuk menukar kontraktor-kontraktor air di sini untuk melaksanakan kerja dengan efektif.

Panas yang disangka sehingga ke petang namun hujan darah turun di tengahari. Syarikat-syarikat baru yang telah dilantik ini tidak mampu untuk melaksanakan kerja dengan baik. Kerja-kerja menyelenggara dan menggantikan paip pecah terlalu lambat untuk diselesaikan dan pengurusan syarikat air negeri sangat tidak tersusun.

Ini di antara punca kepada masalah air di kawasan Sindumin, Sipitang. Warisan sanggup membiarkan nasib rakyat Sindumin dalam keadaan sengsara hanya kerana matlamat membalas dendam kepada mereka yang dikatakan ‘sekutu’ BN telah berjaya dilantik sebagai syarikat kontraktor sebelum ini.

Semenjak tiga hari kebelakangan ini, kawasan Sipitang kerap mengalami hujan lebat di sebelah petang. Calon bertungkus lumus cuba mencari penyelesaian kepada masalah banjir. Air melimpah akibat hujan terlalu banyak tapi air paip dicatu masih tidak berkesudahan.

Tukar balik bah.. – UMNO ONLINE

Razlan Rafii

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.