PRN Sabah: Janji 100 Hari, Kini 2 Tahun… Jangan Percaya Lagi Janji Warisan/PH

LIBARAN, 15 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Suhaimi Nasir berkata, mana mungkin menggunakan alasan dua tahun adalah tempoh yang singkat untuk Warisan bangunkan dan membela nasib rakyat sedangkan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mereka janjikan hanya 100 hari untuk ubah negara.

Jelas beliau, pemimpin Warisan sebenarnya hanya mahu meraih simpati rakyat agar terus diberi peluang untuk memenangi PRN ini.

“Kalau dua tahun masa yang singkat, bagaimana dengan janji mereka 100 hari masa pilihan raya? Jadi, kenapa gagal? Janji 100 hari… sekarang sudah lebih 100 hari, tidak ada alasan untuk berdalih lagi.

“Apa yang kita alami pasca PRU-14 yang lalu amat perit. Rakyat di bawah sudah banyak mengeluh disebabkan kerajaan Warisan gagal mentadbir, gagal dari segi manifesto dan petandbiran.

“Contohnya di Sandakan, kawasan perbandaran Sandakan dari bandar sampai ke batu 32. Sepatutnya, untuk memungut sampah mesti Majlis Perbandaran Sandakan tetapi lori sampah datang dari Ranau, Keningau. Kenapa? Sandakan tidak boleh uruskan ke? Ini kegagalan kecil, janji masa COVID-19 tidak terlaksana, belum lagi dari segi pembangunan dan ekonomi, baru masalah kecil juga sudah gagal maka disebabkan kegagalan inilah Warisan wajib ditumbangkan dalam PRN ini,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Bercakap soal persediaan jentera Suhaimi menjelaskan, setakat hari ini beliau amat berpuas hati dengan gerak kerja yang dilakukan malah beliau yakin peratus pengundi kembali menyokong BN sudah menjejah 60 peratus.

“Setakat hari ini saya yakin 60 peratus pengundi sudah kembali kepada BN, jadi saya yakin dengan gerak kerja yang baik kita akan mampu mencapai kemenangan.

“Maka saya amat berharap dan menyeru kepada semua pengundi bukan hanya di DUN Gum Gum tetapi di semua kerusi yang BN bertanding untuk keluar mengundi awal bila sampai masanya nanti dan jangan lupa ktia jaga kita dan undi BN kerana hanya BN yang sudah terbukti boleh mentadbir kerajaan negeri dengan baik,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.