PRN Sabah: Guan Eng Jangan Sibuk Campur Urus Tadbir Parti Lain – Suraya

 

LIBARAN, 15 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Suraya Yaacob menasihati Setiausaha Agung Dap Lim Guag Eng agar tidak masuk campur dalam urus tadbir parti lain terutama dalam hal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jelas beliau, Guan Eng kini dilihat cuba mempengaruhi Warisan manakala Warisan pula menjadi jelmaan Dap di Sabah ini.

“Saya nasihat Guan Eng tidak perlulah masuk campur dan jangan pengaruhi Warisan untuk jadi Dap.

“Saya rasa orang Sabah sudah pandai menilai sama ada inginkan Sabah untuk orang Sabah atau mahu Sabah untuk Dap.

“Sekarang ini adalah masa terbaik untuk orang Sabah membuat keputusan yang bijak,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Suraya berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng kononnya PRN Sabah telah membuktikan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan model yang baik untuk Sabah malah katanya, PN atau GRS gagal untuk bersatu di bawah seorang calon Ketua Menteri dan gagal bersetuju untuk tidak bertanding antara satu sama lain dalam 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Tambah Suraya, Guan Eng seharusnya mencermin diri kerana Pakatan Harapan (PH) sejak dulu sehingga kini masih terus berebut jawatan Perdana Menteri.

Walaupun telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir kerajaan namun peluang itu disia-siakan dengan berebut kuasa daripada membela nasib rakyat.

PRN Sabah ini menyaksikan calon Dap bertanding menggunakan logo Warisan.

Rakyat Sabah bakal mengundi pada 26 September ini bagi menentukan parti manakah yang bakal menjadi pucuk pimpinan negeri ini. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.