PRN Sabah: Burungpun Kenal Bossku… Jadi Jangan Salah Pilih Lagi – Jamil Khir

LIBARAN, 15 Sept – “Masa saya berjumpa pengundi di Telupid, saya naik satu rumah yang ada bela burung tiong emas, saya terkejut burung itu beri salam ‘assalamualaikum Bossku’… burungpun kenal Bossku tapi malang ada orang itu telefon ‘atuk’ minta tolong datang sebab Bossku ada di Tawau.”

Itu cerita lucu tapi benar yang diceritakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Seri Jamir Khir Baharom ketika berucap dalam perjumpaan jentera Barisan Nasional (BN) Libaran bersama Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Jelas beliau, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa rakyat Sabah benar-benar mahukan perubahan dan tidak mahu lagi mempercayai kepada Warisan.

Selain itu, selaku MKT angkat bagi kawasan Libaran, beliau amat yakin BN akan menang di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen tersebut.

“Saya yakin kerana saya melihat semua jentera begitu komited dalam menjalan kerja membantu calon mendekati para pengundi.

“Kerja kuat yang sedang dilaksanakan baik oleh calon mahupun jentera membuatkan saya yakin kita mampu menang,” ujar beliau.

Selain itu Jamil Khir turut memuji Bung Moktar yang bijak mengatur percaturan dalam meletakkan calon selain mempergunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan baik.

“Pemilihan calon di sini adalah benar dan betul, autonomi yang diberikan digunakan dengan baik. Saya lihat ketiga-tiga calon sangat layak dan boleh membangunkan kawasan masing-masing sekiranya menang nanti,” jelas beliau.

PRN Sabah akan diadakan pada 26 September ini dengan pengundian awal pada 22 September.

PRN negeri ini diadakan selepas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shapie Apdal mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai lalu.

PRN ini juga menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan dan BN meletakkan calon di 41 kerusi. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.