Wanita Puji Calon Pilihan Bung Adalah Terbaik Untuk Menang PRN Sabah

SANDAKAN, 14 Sept – Calon pilihan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merupakan pilihan yang terbaik apabila kuasa autonomi diserahkan sepenuhnya oleh pucuk pimpinan parti pusat.

Ketua Wanita UMNO Sandakan, Salbiah Harun, berpendapat calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Sabah, yang bertanding akan mampu memberi saingan meskipun berhadapan dengan ramai pencabar.

“Kita mendoakan dan berharap agar kemenangan kepada Barisan Nasional dan kita akan dapat meneruskan kegemilangan parti ini serta usaha dan perjuangan parti semula seperti apa yang telah dilaksanakan dahulu,” tambahnya.

Bagi Salbiah, Barisan Nasional adalah sebuah parti yang banyak berjasa dan sangat membantu rakyat serta berjaya menaikkan ekonomi yang kukuh.

Katanya ia dapat dilihat semasa kepimpinan terdahulu, apabila banyak bantuan kepada rakyat dan pelajar diberikan sehingga dilihat dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa.

“Kini, di bawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, parti ini terus kukuh meskipun beliau berhadapan pelbagai cabaran,” katanya.

Tambahnya, Zahid juga seorang pemimpin yang baik dan perjuangan beliau yang begitu kuat dalam menghadapi berbagai ujian sedikitpun tidak memutuskan semangatnya dalam memperjuangkan parti keramat ini demi negara.

“Zahid juga adalah pemimpin yang senang didekati kerana perwatakan beliau yang bersahaja, ramah dan pemimpin yang Salbiah hormati,” katanya.

Salbiah telah menyertai UMNO sejak tahun 2001 sehingga kini. – bnnewsonline

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.