Parti Warisan Sudah Terhimpit Ke Dinding, Cuba Tutup Kegagalan Urus Kerajaan Negeri – Mohamad

BEAUFORT, 14 Sept – Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Datuk Mohamad Alamin melihat tindakan pihak tertentu yang menggunakan kempen berbentuk serangan peribadi adalah bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat Sabah terhadap perkara sebenar mengenai kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan dalam pelbagai aspek.

Menurut beliau mereka hari ini seolah-olah terhimpit ke dinding apabila satu persatu mula dipersoalkan oleh rakyat Sabah bagaimana mereka mentadbir negeri ini selepas mengambil alih daripada kerajaan yang diterajui BN yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

‘’Itu ertinya mereka terdesak. Kita berpolitik ini haruslah matang…kita ‘attack’ (serang) soal kepimpinan tidak mengapa… soal dasar parti tidak mengapa… ’attack’ parti pun tidak mengapa tetapi jika ‘attack’ peribadi itu sudah ‘desperate’ (terdesak). Tidak ada dalam dunia ini seorang yang ‘perfect’ (sempurna). Kalau kita nak ‘attack’ peribadi pun boleh tetapi kita tidak mahu kerana itu tidak mencerminkan politik matang.

‘’Kita ‘attack’ kepimpinan. Nampaknya Warisan ini tidak ada isulah. Mereka berdepan dengan pelbagai isu bagaimana mereka mentadbir negeri Sabah gagal, mentadbir ekonomi gagal, membela nasib rakyat gagal, pendidikan gagal… jadi mereka ini sudah terhimpit ke dinding… umpamanya begitu. Jadi tidak tahu nak cakap apa kerana kritikan-kritikan rakyat netizen itu berasas dan betul,’’ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis, peluang yang ada hari ini terbentang luas di depan rakyat khususnya pengundi untuk melakukan perubahan balik dengan menolak parti Warisan dan sekutu mereka.

‘’Jadi inilah… rakyat Sabah peluang sudah terhidang di depan dan kita ambil peluang ini dan ubah balik. Kita buang kerajaan yang langsung tidak bertanggungjawab dan langsung gagal… kita pilih sebuah kerajaan yang mempunyai ‘track record’ (rekod perkhidmatan) yang cukup cemerlang BN dalam menguruskan ekonomi, menguruskan negeri serta menguruskan rakyat  cukup cemerlang.

‘’Tindakan seumpama ini tidak akan dapat menutup kegagalan mereka di mata rakyat. Saya tidak fikir begitu kerana setiap kali pilihan raya dimainkan isu UMNO rasis tetapi di Sabah ini UMNO menerusi BN membela rakyat tidak mengira bangsa, agama dan budaya. UMNO di depan.

‘’Di Kimanis umpamanya kita ramai berbilang kaum. Brunei ada sini, Dusun, Kadazan ada di sini dan sebagainya lagi semuanya dijaga dengan baik. Bagaimana kalau mereka tuduh UMNO ini rasis. UMNO ini akomodatif kepada seluruh kaum di seluruh Malaysia,’’ ujarnya. – UMNO ONLINE

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.