PRN Sabah Peluang Terbaik Angkat Suara Wanita Untuk Jadi Wakil Rakyat – Zahida

KOTA KINABALU, 13 Sept – Pilihan Raya Umum DUN Negeri Sabah bukan sahaja peluang terbaik buat rakyat Sabah tukar kerajaan, malah pilihanraya ini juga peluang terbaik mengangkat calon wanita menjadi wakil suara mereka di DUN Sabah, kata Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

Ujarnya, bagi pihak Puteri UMNO Malaysia, beliau amat yakin dengan kemampuan Hazulizah Md Dani calon Barisan Nasional (BN) di N53, Sekong.

“Beliau bukan sahaja boleh menjadi wakil rakyat yang baik di Sekong, malah beliau juga akan memperjuangkan hak kesaksamaan gender dalam pembangunan negeri Sabah.

“Negara yang maju bukan hanya pada pembangunan fizikalnya, tetapi bagaimana ia turut meletakan wanita setanding lelaki dalam semua bidang,” katanya dalam kenyataan menerusi facebooknya, hari ini.

Katanya, ini termasuk peluang dalam ekonomi, pekerjaan, pendidikan  dan politik.

“Kami percaya beliau akan menjadi suara terlantang dalam mengurus isu-isu yang berkaitan ketidakadilan di kalangan kaum hawa di seluruh Sabah.

“Justeru itu, kami menyeru agar semua pengundi di DUN Sekong terutamanya pengundi wanita untuk memilih beliau pada 26 September nanti, pangkah BN pada kotak nombor enam,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.