PRN Sabah: Peningkatan Calon Muda Bukti Parti Angkat Suara Orang Muda – UMNOSiswa


KUALA LUMPUR, 11 Sept – Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) berpandangan peratusan calon muda UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN) yang meningkat pada Pilihan Raya Sabah (PRN) menjadi bukti kepercayaan kepimpinan parti untuk terus mengangkat suara anak muda di negeri itu khususnya.

Kata Presidennya, Mubarak Kunyi, keseriusan BN dalam mengangkat muka-muka baharu yang pastinya sudah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kepimpinan untuk terus menjaga kebajikan rakyat di Sabah.

“Tahniah kepada barisan calon daripada UMNO yang telah diumumkan yang akan bertanding bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mewakili BN bagi PRN yang dijadualkan akan bermula 26 September ini manakala mengundi awal telah ditetapkan pada 22 September 2020.

“Kepimpinan UMNOSiswa Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kerana telah memberi kepercayaan kepada calon muda untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Sudah pasti, kepercayaan itu akan digalas sebaik mungkin oleh calon-calon yang akan bertanding untuk memenangkan kerusi UMNO-BN di Sabah,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Semalam, di Kota Kinabalu, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah mengumumkan senarai 31 calon UMNO bagi menghadapi PRN negeri itu.

Seterusnya, Mubarak turut mendoakan semoga setiap calon daripada UMNO akan diberikan kekuatan dan ketabahan.

“…serta dipermudahkan segala urusan untuk berkempen sebelum hari mengundi/memilih tiba sekaligus melayakkan diri mereka untuk menjadi Yang Berhormat/Berkhidmat kepada rakyat tempatan di Sabah,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.