Semangat Sepasukan, Kerja Tersusun Faktor Kemenangan BN, Kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Semangat sepasukan dan kerja-kerja yang tersusun di semua peringkat jentera menjadi faktor kepada kemenangan parti di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Twitter, merujuk kepada pengumuman calon UMNO/BN bagi menghadapi PRN kali ini.

Hari ini, di Kota Kinabalu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan nama-nama calon UMNO/BN yang bertanding di 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ciap Ahmad Zahid juga, pengundi meletakkan harapan besar kepada calon-calon yang disenaraikan oleh parti.

“Kemenangan calon-calon UMNO/BN bergantung kepada semangat sepasukan dan kerja-kerja yang tersusun di semua peringkat jentera.

“Pengundi meletakkan harapan besar kepada calon-calon yang disenaraikan oleh Datuk Seri Bung.

“Radu tatap radu. Radu sampai rata,” tegas Presiden UMNO itu lagi.

Selasa lepas, Ahmad Zahid telah melancarkan jentera pilihan raya BN Sabah di Kota Kinabalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah dijadualkan 26 September ini dan hari penaaman calon pada lusa, 12 Sept. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.