Guan Eng Terbilang Temberang, Bidas Puad

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas sikap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang sentiasa bersandiwara kononnya prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Kata Puad, semasa Setiausaha Agung Dap itu menjadi Menteri Kewangan apakah jasanya kepada rakyat khususnya masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak.

“Masa jadi Menteri Kewangan buat apa. Ada melawat pedalaman Sabah dan Sarawak? Dia memetik kata kata Nelson Mandela, ‘I have walk that long road to freedom’.

“Masalahnya, kamu suka temberang. Temberang pasal duit GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Temberang pasal tol percuma. Temberang pasal hutang negara dan temberang pasal tender runding terus.

“Sebab itu bila kamu memerintah. Negara bukannya semakin merdeka tetapi semakin terhimpit. Guan Eng, ‘terbilang tapi temberang’,” sinisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Puad juga menyindir Guan Eng sebagai seorang yang ‘hebat’ ketika berkunjung ke Sabah baru-baru ini.

“Wah hebat Lim Guan Eng. 5 hari di Sabah telah mengembara 1,000 KM di atas jalan raya.

“Tapi bukan berbasikal. Gambar atas basikal tu lakonan sahaja. Adoiii, suka sangat berlakon terutama bila ada pilihan raya.

“Kan lagi baik ambil gambar sedang memandu kereta di atas jalan raya. Berlakon biar terang,” sinisnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.