PH/Dap Ada ‘PHD’ Dalam Isu Kelirukan Rakyat – Sharkar

TEMERLOH, 6 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, rakyat harus bijak menilai apa yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya Dap kerana mereka bijak dalam mengambil kesempatan terhadap sebarang isu yang timbul.

Ujar beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, apa sahaja yang memberikan kelebihan politik kepada mereka maka isu tersebut akan dimainkan bagi meraih simpati rakyat.

“PH/Dap sama dengan ‘PHD’ dalam isu mengelirukan rakyat. Kita lihat contohnya isu peneroka tanah haram di Raub… bukannya kerajaan negeri bertindak menyalahguna kuasa tetapi ia memang mengikut peraturan. Mereka telah meneroka tanah itu secara haram maka yang salah tetap salah. Sama seperti kes peneroka tanah haram di Cameron Highlands.

“Pelbagai isu dimainkan oleh Dap menyalahkan kerajaan negeri tetapi hakikat sebenar penerokaan secara haram ini telah menyebabkan banyak kerosakan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Sharkar, begitu juga isu Lynas yang begitu kontroversi di mana PH/Dap memomokkan rakyat kononnnya Lynas membahayakan nyawa manusia.

“Tapi bila mereka memerintah, apa yang telah mereka lakukan? Ada mereka tutup Lynas? Mereka sambung lagi kontrak… maknanya apa yang mereka burukkan Lynas dulu hanyalah satu penipuan.

“Sebab itu saya amat berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang mereka katakan kerana mereka ini bijak dalam memanipulasikan isu dalam meraih simpati rakyat.

“Apatahlagi di kala ini rakyat sudah semakin menyedari penipuan demi penipuan PH/Dap. Bak kata pepatah, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru, lama-lama diketahui juga. Walaupun begitu saya pasti, mereka akan cuba sedaya upaya untuk terus mengelirukan rakyat. Jadi, rakyat harus bijak, jangan lagi tertipu kali kedua,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.