Kerajaan Warisan Harus Menjawab Mengenai Isu Geran Tanah – Azmi

KOTA KINABALU, 6 Sept – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohamad Azmi Amir Husin merasa kecewa dengan sikap Parti Warisan yang jelas bertujuan memancing undi dan sokongan rakyat hinggakan sanggup berbohong.

Jelas beliau, sewajarnya Parti Warisan hentikan pembohongan kepada rakyat Sabah kerana pengukuran tanah ini memakan masa dan bukannya sekelip mata saja.

“Bilakah kerajaan Warisan mengarahkan untuk buat pengukuran tanah? Kerana kita tahu, untuk mengukur geran sebanyak itu perlu mengambil masa bertahun lamanya.

“Dana mana yang kerajaan Warisan gunakan? Kerana kita tidak pernah mendengar kerajaan Warisan meluluskan mana-mana dana untuk pengukuran geran-geran tersebut. Kita pernah dengar dana diluluskan melalui program PANTAS tapi itu adalah dana sewaktu kerajaan BN memerintah,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal ini.

Justeru, tambah Azmi lagi, sebenarnya yang melaksanakan usaha tersebut adalah kerajaan BN tetapi pimpinan Warisan hanya tahu menuai hasil yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Adakah ini satu lagi cerita,’ embu punya susu, sapi yang dapat nama’?” soalnya.

Terdahulu, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menyerahkan geran tanah di beberapa tempat di seluruh negeri sedangkan sewajarnya beliau tidak boleh berbuat demikian kerana  Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.